Ilustrasi foto armada kenderaan di hadapan bangunan pejabat

Urus aset kenderaan,
dari penerimaan
hingga pelupusan.

Rekod aset, penyelenggaraan dan dokumen KEW.PA
dalam satu cadangan aliran kerja.

Akses demo melalui jemputan.

CONTOH PAPARAN

Satu rekod untuk setiap
aset kenderaan.

Cadangan fungsi sokongan untuk menyediakan dan menyemak rekod aset kenderaan sepanjang kitar hayatnya.

Pilih modul untuk melihat lakaran awal aliran kerja. Skop fungsi disahkan bersama jabatan.
Foto ilustrasi pegawai memeriksa kenderaan menggunakan tablet

REKOD YANG MUDAH DIRUJUK

Rekod kenderaan yang teratur
untuk operasi harian.

Cadangan sokongan untuk pegawai kenderaan dan aset mengurus pemeriksaan, penyelenggaraan, pergerakan dan dokumen dengan lebih sistematik.

Bantu kenal pasti rekod tidak lengkap

Maklumat penting dihimpunkan untuk semakan pegawai.

Mudah dirujuk semasa semakan

Rekod disusun mengikut urusan dan dokumen berkaitan.

Sokongan untuk keputusan jabatan

Maklumat untuk membantu perancangan dan peruntukan.

Untuk pasukan yang menjaga aset jabatan.

Cadangan peranan untuk berkongsi rujukan dan menyelaras tindakan.

Pegawai aset

Urus pendaftaran, rekod dan dokumen aset kenderaan.

Pegawai kenderaan

Pantau penggunaan, penyelenggaraan dan keadaan kenderaan.

Pemeriksa & pelulus

Semak rekod dan dokumen mengikut pelantikan serta kuasa.

Unit kewangan

Rujuk maklumat kos dan status aset untuk perancangan.

PANDUAN & RUJUKAN

Soalan lazim dan
rujukan berkaitan.

Perkara asas sebelum membincangkan
keperluan pengurusan aset jabatan.

Baca panduan penuh
Adakah KEWPA sistem rasmi kerajaan?

Tidak. KEWPA ialah cadangan sokongan penyediaan dan semakan rekod, bukan sistem rasmi atau produk yang mendapat pengesahan Kementerian Kewangan. AM 1.1 menetapkan penggunaan sistem Perbendaharaan bagi kementerian dan jabatan Persekutuan; keperluan cetakan dan tandatangan borang tetap terpakai.

Adakah semua fungsi sudah tersedia?

Paparan ini ialah ilustrasi cadangan aliran kerja. Fungsi sebenar, akses demo dan kesesuaian proses perlu disahkan bersama pasukan KATSANA sebelum pelaksanaan.

AM 1, AM 2 dan WP 4.1Rujukan aset kerajaan dan operasi kenderaan.

MULA DENGAN PERBINCANGAN

Bincang cara kerja jabatan anda.

Kami sedia memahami keperluan anda dan cadangkan cara pelaksanaan
yang sesuai untuk jabatan.

Konsep paparan · Reka bentuk awal

Daftar aset kenderaan

Ilustrasi awal aliran kerja; reka bentuk akhir mungkin berbeza. Pada skrin kecil, leret ke sisi untuk melihat keseluruhan konsep.