PRIVASI
Maklumat anda
Dikemas kini pada 1 Oktober 2026. Maklumat ini terpakai pada laman KEWPA dan borang permintaan akses demo.
Borang permintaan akses
Borang ini menyediakan draf e-mel kepada sales@kewpa.com dalam pelayar anda. Laman ini tidak menghantar maklumat borang atau menyimpan draf. Untuk menghantarnya, buka aplikasi e-mel anda, semak draf dan tekan Hantar.
Selepas anda menghantar e-mel
Pasukan KATSANA akan menerima maklumat yang anda pilih untuk dihantar, seperti nama, e-mel, jabatan dan pertanyaan. Maklumat ini digunakan untuk menjawab pertanyaan dan membincangkan keperluan anda.
Jangan masukkan kata laluan, maklumat sulit jabatan atau rekod peribadi pemandu. Jika mahu membetulkan maklumat yang telah dihantar atau bertanya tentang privasi, hubungi sales@kewpa.com.
Kuki dan hosting
Kami tidak memasang kuki pemasaran atau alat analitik pada laman ini. Penyedia hosting, Cloudflare, boleh memproses alamat IP dan maklumat permintaan untuk menjalankan serta melindungi laman. Maklumat lanjut ada dalam dasar privasi Cloudflare.
Gambar, paparan dan pautan luar
Paparan KEWPA menggunakan data contoh. Gambar kenderaan pula dijana AI. Tiada rekod jabatan atau pelanggan sebenar digunakan. Jika anda membuka pautan luar, dasar laman tersebut akan terpakai.
Data dalam sistem kenderaan
Halaman ini menerangkan privasi laman web sahaja. Jika pelaksanaan sistem dibincangkan kemudian, perkara seperti hosting, kawalan akses dan penyimpanan rekod perlu dipersetujui secara berasingan.